Sorting by

×

Tun Sakaran tokoh pemimpin disegani- Ismail Sabri

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh pemimpin yang disegani.

Mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan warga Sabah atas pemergiannya, perdana menteri berkata Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu mempunyai sumbangan besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah merangkumi pelbagai aspek terutama dari segi sosioekonomi.

“Saya berasa amat dukacita apabila mendengar berita tentang pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai pada jam 6 pagi tadi.

“Saya juga mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa, diterima amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Sakaran, 91, yang juga Ketua Menteri Sabah kelapan dimasukkan ke Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu, Sabah sejak 18 Ogos lalu kerana disyaki dijangkiti COVID-19, sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada 5.30 pagi tadi.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017 itu memainkan peranan penting untuk negara dan Sabah khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

734
Kongsi :
Previous post Melaka terima 300,000 dos vaksin tambahan bulan depan
Next post Dua kontena mayat ditempatkan di HM pada 3 September
Ubah saiz-+=