Pembukaan PPV mega tingkatkan kadar vaksinasi 24,000 dos sehari

Masa Membaca:56 Saat

KRUBONG 30 Ogos – Dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega yang beroperasi hari ini mampu menampung jumlah 24,000 suntikan dos vaksin COVID-19 sehari di Melaka.

Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, berdasarkan data direkodkan setakat semalam, negeri ini mencapai 83.2 peratus bagi dos pertama manakala 60.3 peratus bagi penerima vaksin yang menerima lengkap dua dos.

Katanya, perkara itu sekali gus mempercepatkan kadar vaksinasi bagi populasi 18 tahun ke atas untuk mencapai imuniti berkelompok menjelang penghujung Oktober ini.

“Dengan pembukaan dua PPV hari ini iaitu di Stadium Hang Jebat dan Stadium Mini Jasin mampu meningkatkan suntikan harian negeri daripada 16,000 dos sebelum ini kepada 24,000 sehari.

“Ia sekali gus dapat menyelesaikan program vaksinasi negeri selewat-lewatnya dos pertama pada September manakala bagi lengkap dua dos menjelang penghujung Oktober dan imuniti kelompok dapat dicapai pada waktu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat PPV mega di Stadium Hang Jebat di sini, hari ini.

Sebelum ini, MHI melaporkan susulan pembukaan PPV berkenaan, tiga PPV awam iaitu di Tanjung Minyak, Klebang dan Dewan Alamanda, Jasin ditutup.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post Fasa dua PPN: Mesyuarat Jawatankuasa Khas tentukan status Lembah Klang – PM
Next post Dr Ghazali jalankan tugas Naib Canselor UTeM
Ubah saiz-+=