
Dr Ghazali jalankan tugas Naib Canselor UTeM
DURIAN TUNGGAL 30 Ogos – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Dr. Ghazali Omar dilantik bagi menjalankan tugas Naib Canselor UTeM berkuat kuasa pada kelmarin (28 Ogos).
Menerusi kenyataan UTeM, Ghazali akan memegang jawatan itu sementara UTeM menerima Naib Canselor yang baharu.
“Beliau akan meneruskan legasi kepimpinan memartabatkan UTeM sebagai institusi pengajian tinggi yang terus menempa kejayaan di dalam dan luar negara.
“Ghazali menyandang jawatan sementara berikutan Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim telah tamat tempoh lantikannya pada 27 Ogos lalu,” kata kenyataan itu.
Raha sebelum ini merupakan Naib Canselor UTeM yang keempat dan menjadi Naib Canselor wanita yang pertama dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
UTeM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raha atas dedikasi, khidmat bakti dan sumbangan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Naib Canselor UTeM sebelum ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...