
PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Lajim Ukin
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada negara, Ismail Sabri mendoakan semoga segala khidmat baktinya mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” katanya dalam catatan di Facebooknya.
Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.23 pagi tadi dan jenazahnya akan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.
Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AIDILFITRI ERAT PERPADUAN ORANG ASLI BUKIT PAYUNG
TABOH NANING 6 April - Di sebalik kehijauan hutan dan ketenangan desa, Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini, menyambut...
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SERONOK, BANGGA JADI ANAK MELAKA
AYER KEROH 5 April - Luar biasa, penuh kemeriahan hari raya. Itu antara reaksi pengunjung berbilang kaum yang hadir ke...
AYDA JEBAT LEPAS RINDU DAPAT MENYANYI DI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengakui teruja dan seronok apabila dapat membuat persembahan di...
GERAI JAGUNG MANIS JADI TUMPUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RIM
RIM 5 April - Jagung manis rebus menjadi menu pilihan dalam tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
3 TAN JAMBU MELAKA UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025
AYER KEROH 5 April - Sebanyak tiga tan jambu lohan yang merupakan produk ikonik Negeri Melaka dijamu kepada tetamu Majlis...
SEDONDON BERBAJU RAYA KE SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa...