Sorting by

×

Kementerian berprestasi tinggi akan diikhtiarkan sebaiknya- Mohd Radzi

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 27 Ogos – “Amanah diberikan ini akan saya junjung setulus hati demi masa depan generasi pewaris negara,” kata Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dalam catatan terbaru di Facebooknya, sebentar tadi.

Berdasarkan senarai jemaah Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, Mohd Radzi dilantik semula dan kekal sebagai Menteri Kanan Pendidikan.

Menerusi catatan itu, Mohd Radzi turut berterima kasih kepada perdana menteri atas kepercayaan diberikan untuk menerajui portfolio sama.

“Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di atas kepercayaan yang diberikan untuk saya kembali berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Amanah yang diberikan ini akan saya junjung setulus hati demi masa depan generasi pewaris negara.

“Hasrat YAB Perdana Menteri untuk melihat setiap kementerian menjadi kementerian berprestasi tinggi akan diikhtiarkan sebaiknya,” katanya.

Berdasarkan senarai diumumkan, Mohd Radzi akan dibantu Timbalan Menteri I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri II, Datuk Mohamad Alamin.

“Penekanan kepada tiga konsep utama di KPM, iaitu K-Kualiti, P-Produktiviti dan M-Modenisasi akan kami teruskan dalam usaha mengukuhkan KPM sebagai sebuah kementerian berprestasi tinggi,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post Khairy janji pikul amanah bersungguh demi Keluarga Malaysia
Next post Keterujaan khidmat terbaik sampai bila-bila
Ubah saiz-+=