Barisan kabinet dipilih dalam kalangan mereka yang berpengalaman – PM

Masa Membaca:53 Saat

PUTRAJAYA 27 Ogos – Barisan kabinet baharu yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang berpengalaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, barisan yang dilantik itu juga diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

“Saya akan memastikan barisan kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

“Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat,” katanya dalam pengumuman jemaah menteri yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menggariskan tiga prinsip untuk barisan kabinetnya mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19.

Tiga prinsip itu ialah peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Sesungguhnya, barisan kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Kongsi :
Previous post Barisan kabinet baharu angkat sumpah pada Isnin, 2.30 petang
Next post Razi Batik bangga hasil tangan jadi pilihan delegasi Paralimpik negara
Ubah saiz-+=