
460 Jalur Gemilang diagihkan secara pandu lalu – JaPen Alor Gajah
ALOR GAJAH 25 Ogos – Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Alor Gajah menerapkan semangat patriotik menggunakan pendekatan pandu lalu dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada 23 agensi di daerah itu.
Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah Salina Hasan berkata, sebanyak 20 Jalur Gemilang telah diagihkan melibatkan agensi kerajaan persekutuan dan negeri biarpun pandemik COVID-19 masih melanda negara.
“Sebanyak 460 Jalur Gemilang diagihkan di 23 agensi terlibat pada program ini yang mana setiap agensi menerima 20 Jalur Gemilang.
“Inisiatif ini bagi memupuk semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan yang bakal tiba, kita harap orang ramai dapat kibarkan Jalur Gemilang di setiap premis, jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Program Merdeka@Komuniti itu mendapat kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dan turut dihadiri Pegawai Daerah Alor Gajah, Saiful Hazwa Kipli.
Katanya, pihaknya turut mengedarkan Jalur Gemilang melalui Program Info on Wheels (IoW) kepada orang ramai bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan.
“Kita harap orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing dan tidak hanya harapkan pemberian percuma daripada agensi kerajaan,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...