
Banci 2020 demi kesejahteraan Melaka
AYER KEROH 17 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali mengajak seluruh rakyat negeri ini menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).
Sulaiman menerusi catatan Facebook rasminya menjelaskan pelaksanaan Banci 2020 melibatkan lebih kurang 32.7 juta penduduk Malaysia dan 932,700 penduduk Melaka.
“Jom bersama-sama kita jayakan Banci 2020 demi kesejahteraan Negeri Melaka. Maklumat dan informasi terkini banci boleh diperoleh melalui portal www.mycensus.gov.my,” katanya.
Tambahnya pelaksanaan Banci 2020 dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa Pertama bermula pada 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) di portal https://ecensus.mycensus.gov.my dan temu ramah melalui panggilan telefon (Computer Assisted Telefon Interview (CATI).
Manakala, fasa kedua pada 7 Oktober hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.
Banci 2020 merupakan banci keenam yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia, di mana ia dibuat setiap 10 tahun sekali.
Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.
Malah, data banci juga menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.
Views:
Related

Berita Lain
‘ABANG RIDER’ BANTU POLIS CEKUP PERAGUT
AYER KEROH 24 April - Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan atau 'abang rider' membantu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai...
SPM 2024: 10,532 CALON DI MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL
AYER KEROH 24 April - Jumlah calon sekolah Kementerian Pendidikan di Negeri Melaka yang layak menerima sijil bagi peperiksaan Sijil...
TUJUH SEKOLAH LUAR BANDAR JASIN CATAT 100 PERATUS LULUS SPM 2024
AYER KEROH 24 April - Tujuh sekolah luar bandar di Daerah Jasin cemerlang, apabila merekodkan pencapaian 100 peratus layak menerima...
KEBOLEHPASARAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MELAKA LEPASI KPI KEBANGSAAN
BANDARAYA MELAKA 24 April - Kebolehpasaran pelajar sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka tahun lalu membanggakan apabila berjaya melepasi petunjuk prestasi...
APLIKASI ‘MPHTJ PAY’ BAKAL DILENGKAPI FUNGSI BAHARU
AYER KEROH 24 April - Aplikasi pembayaran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 'MPHTJ PAY' bakal dinaik taraf dengan penambahan...
BLACK, HATTAN ‘GEGAU’ RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 24 April - Artis popular tanah air seperti Black dan Dato' Hattan bakal menggamatkan lagi penganjuran Rumah Terbuka...