COVID-19: Kes baharu meningkat kepada 20,837 – KP Kesihatan

Masa Membaca:50 Saat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Kes harian COVID-19 dalam negara hari ini meningkat semula ke paras 20,000 apabila sebanyak 20,837 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes baharu di paras 20,000 adalah pada Sabtu dengan 22,262 kes.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebook dan Twitter, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan kes hari ini, jumlah kumulatif COVID-19 di negara kini 1,593,602.

Menurutnya Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 4,645 kes, diikuti Sabah (3,376), Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

Negeri lain yang mencatat kes di bawah angka 1,000 adalah Pahang dengan 521 kes, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (empat).- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

334
Kongsi :
Previous post E-Hailing: Airasia ride bermula di Lembah Klang
Next post Banjir melanda Batu Pahat
Ubah saiz-+=