Majlis kesyukuran ulang tahun TYT diadakan secara atas talian

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 23 Ogos – Majlis bacaan Yasin dan doa kesyukuran sempena Sambutan Hari Jadi ke-72 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri 2021 diadakan secara atas talian sekitar jam 6.30 petang tadi.

Program anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook itu turut disertai Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr Asmah Abd Rahman.

Ia turut disertai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isterinya Datin Munira M Yusop, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kepimpinan negeri yang lain.

Acara penuh keberkatan itu dimulakan dengan bacaan Yasin diketuai Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil diikuti doa selamat dan kesyukuran.

Majlis julung kali diadakan secara atas talian itu turut disertai lebih 1,500 pengguna Facebook dan berakhir tepat jam 7.15 malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

691
Kongsi :
Previous post 114,474 permohonan rentas negeri ditolak sejak 1 Jun
Next post Guru rugi RM600 diugut sebar video bogel
Ubah saiz-+=