Sorting by

×

Kerajaan umum pembelian tambahan enam juta dos vaksin- PM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembelian tambahan sebanyak enam juta dos vaksin bagi memastikan sasaran imuniti kelompok menerusi program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat dicapai sepenuhnya di negara ini.

Menyifatkan ia berita baik sempena Bulan Kemerdekaan ini, beliau berkata, dos tambahan vaksin itu dijangka diterima menjelang awal September depan.

Beliau berkata, PICK terbukti berkesan dalam mengekang ancaman virus berbahaya itu di negara ini.

Katanya, keberkesanan strategi lalu terbukti apabila statistik kes harian Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa menurun secara konsisten.

“Fakta terkini pada Jumaat lalu membuktikan keberkesanan strategi lalu apabila statistik kes harian Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa, telah menurun secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut.

“Ini bukanlah bermakna kita akan bebas sepenuhnya daripada ancaman COVID-19. Tetapi apabila kita mencapai imuniti kelompok, virus ini tidak lagi menjadi ancaman sepertimana yang ditakuti sekarang.

“Demi memangkin pencapaian seperti di Labuan, suka saya umumkan pembelian tambahan sejumlah enam juta dos vaksin lagi yang akan diterima menjelang awal September ini sebagai satu berita baik kepada semua bersempena Bulan Kemerdekaan ini.

“Oleh sebab itu, kita optimis melalui kejayaan program vaksinasi ini kelak, ramai yang boleh kembali menziarahi ibu bapa di kampung halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara,” katanya menerusi ucapan sulung yang disiarkan secara langsung hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post PM ajak pembangkang gembleng tenaga tangani pandemik COVID-19
Next post Teruskan, tambah baik usaha dilaksana kerajaan sebelum ini – PM
Ubah saiz-+=