Ismail Sabri mula bertugas di Perdana Putra hari ini
PUTRAJAYA 22 Ogos – Walaupun belum melapor diri secara rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu sahaja mengangkat sumpah jawatan semalam, telah memulakan tugas di pejabatnya di Perdana Putra hari ini.
Diiringi oleh beberapa pembantu dan pegawainya dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), mereka berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di blok utama Perdana Putra, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, untuk perancangan harian dan masa depan serta mempersiapkan ucapan sulungnya kepada rakyat Malaysia.
Ismail Sabri dijadual menyampaikan ucapan secara langsung menerusi platform media pada 5.30 petang ini.
Beliau tiba di Perdana Putra hampir jam 11 pagi tadi, sebelum keluar selepas 3 petang dan turut melambai dari kenderaannya kepada anggota media yang berkumpul di luar bangunan itu, ketika meninggalkan pejabat.
Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan Malaysia, semalam.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ismail Sabri dijadual melapor diri secara rasmi di Bangunan Perdana Putra pada Selasa (24 Ogos).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERKUKUH SINERGI KERJASAMA MELAKA, PDRM
TANJUNG BIDARA 14 Disember - Hubungan akrab antara Kerajaan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu membentuk kesepaduan dalam memperkukuh...
19 NEGARA SERTAI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA 2024
AYER KEROH 13 Disember - Pemain industri halal dari 19 negara luar mahu menjadikan Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24)...
TIGA PEKERJA KONTRAKTOR MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
KOTA KINABALU 13 Disember - Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat solar di...
MELAKA LOKASI STRATEGIK UNTUK PELABUR INDUSTRI AUTOMOTIF
ALOR GAJAH 13 Disember - Kedudukan Melaka yang strategik terletak di antara Kuala Lumpur dan Johor serta Singapura menjadikan negeri...
MELAKA SASAR SEDIA 300 STESEN PENGECAS EV
ALOR GAJAH 13 Disember - Pemilik kenderaan elektrik (EV) tidak perlu bimbang untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian memandangkan terdapat...
1,000 KERETA CEKAP TENAGA ‘LAHIR’ DI MELAKA
ALOR GAJAH 13 Disember - Industri automotif di Melaka melakar sejarah baharu apabila berjaya memasang 1,000 Kereta Cekap Tenaga (EEV)...