Sebak teringat kisah sebagai anak polis

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 17 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali sebak sewaktu menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang anak polis ketika lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang, di sini.

Katanya, lawatan tersebut mengingatkannya kepada arwah bapanya, Md Ali Haji Long yang pernah berkhidmat sebagai seorang anggota polis suatu ketika dahulu.

“Sebak saya tiba-tiba bila menceritakan pengalaman saya sebagai anak polis dalam sesi taklimat bersama warga PDRM sempena Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, pagi tadi.

“Terkenang kehidupan zaman kanak-kanak saya bersama Allahyarham ayah, Md. Ali Haji Long yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis, bersama ibu, Hajah Temah Abu serta adik beradik saya yang lain.

“Semoga Allahyarham ayah ditempatkan dalam kalangan para solehin. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya, sebentar tadi.

Dalam lawatan itu, Sulaiman meluangkan masa selama hampir tiga jam di IPK Melaka yang beliau telah dimaklumkan mengenai situasi keselamatan negeri Melaka pasca Covid-19 dan segala perancangan terbaharu pihak polis dalam memastikan Melaka menjadi negeri yang kondusif.

Hadir sama, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim dan Timbalannya Datuk Sharul Lali Masduki.

Views:

597
Kongsi :
Previous post Berita palsu boleh runtuhkan negeri – KM
Next post Indeks jenayah Melaka menurun 27.9 peratus
Ubah saiz-+=