‘Susah senang bersama’ – PM

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan buat isteri tercinta, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang sentiasa setia di sisinya sepanjang penglibatan beliau dalam arena politik.
 
Berkongsi kisah kesetiaan itu di akaun Facebooknya, Ismail berkata, isterinya adalah insan yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang sejak mereka berkawan dari umur 19 tahun.
 
“Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.
 
“Nani (isteri) adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah ‘spotlight’ (tumpuan), sebab itu jarang sangat nampak dia.
 
“Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri, daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni, susah senang bersama,” katanya.
 
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang kagum dan memuji sikap isteri beliau.
 
Seorang pengguna Facebook, Khatijah Gneuz berkata, dia kagum dengan penampilan Muhaini yang bertudung dan mampu menjadi teladan kepada wanita Islam khususnya di negara ini.
“Sejuk mata kami tengok penampilan Datin Sri.Sopan je,tema purple.Cara pakai tudung pun kemas👍🏻😊.Semoga menjadi contoh kpd isteri2 menteri yg lain,” tulisnya.
 
Ahmad Mazwani pula berkata: ” Alhamdulillah, setiap suami, isteri pasti menjadi insan yg paling byk membantu…kepercayaan dan kasih syg amat perlu kpd pasangan….terbaik Dato Sri.”
 
Rafidah Ahmad pula mengatakan:”Tahniahhh Dato Seri Ismail Sabri Yaakob … betul lah kata orang, di sebalik kejayaan suami ada isteri yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan semangat.”
 
Untuk rekod Ismail Sabri mendirikan rumah tangga bersama isteri pada tahun 1986 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu seorang anak perempuan dan tiga anak lelaki.
 
Mereka ialah Nina Sabrina, Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi, Nashriq dan Iqbal.
 
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Jumaat lalu.
 
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

676
Kongsi :
Previous post Melaka tidak benarkan ‘dine in’ dan operasi pasar malam
Next post Lee Hsien Loong ucap tahniah, pelawa Ismail Sabri lawat Singapura
Ubah saiz-+=