76 kes positif di kilang biskut Kawasan Perindustrian Alor Gajah, Kelemak

Masa Membaca:40 Saat

ALOR GAJAH 20 Ogos – Sebuah kilang biskut di Kawasan Perindustrian Alor Gajah, Kelemak ditutup 14 hari berikutan pekerja industri itu dikesan positif COVID-19.

Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, premis berkenaan diarahkan tutup sementara bermula kelmarin hingga 1 September ini.

Katanya, penutupan premis mengikut Akta 342 Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan disinfeksi, saringan kontak rapat dan dan kawalan wabak untuk mencegah penularan di premis terbabit.

“Arahan penutupan itu susulan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan 76 kes positif dalam kalangan pekerja.

“Setakat ini seramai 109 kontak rapat telah disaring,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Terdahulu, notis penutupan premis berkenaan tular di laman sosial.

Notis berkenaan memaklumkan premis terbabit ditutup bermula jam 8 pagi kelmarin sebagai langkah pencegahan penularan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1216
Kongsi :
Previous post Bekas pengarah pengurusan Bukit Aman meninggal dunia
Next post JAIM anjur Sayembara Pantun Berunsur Islam sempena kemerdekaan
Ubah saiz-+=