
Bekas pengarah pengurusan Bukit Aman meninggal dunia
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.
Abdul Ghafar, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas, meninggal dunia dalam tidur pada 5.30 pagi.
Anaknya, Inspektor Mohd Qassim Abdul Ghafar ketika dihubungi Bernama berkata, bapanya yang menghidap kanser, kerap dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Abdul Ghafar yang berkhidmat selama 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman sebelum bersara wajib pada Julai 2018.
Allahyarham yang berasal dari Pontian, Johor meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak. Jenazah disembahyangkan di Masjid Bukit Aman dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Persint 20, Putrajaya.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi hantaran dalam akaun rasmi Facebook PDRM mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...