Sorting by

×

Jumlah kenderaan ke Melaka meningkat mendadak pada hujung minggu

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 17 Julai – Jumlah kenderaan di negeri ini meningkat sebanyak 80 peratus pada hujung minggu ekoran banyak sektor mula dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim menganggarkan antara 50,000 ke 60,000 kenderaan direkodkan sejak awal Julai dan menjangkakan ia terus meningkat.

“Sebelum ini, hanya sekitar 10,000 ke 20,000 sahaja kenderaan memasuki Melaka di setiap hujung minggu, tetapi apabila sektor pelancongan sudah dibuka, jumlah itu meningkat mendadak.

“Jadi, kita menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mengikuti arahan pihak polis dan tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya untuk mengelakkan kesesakan teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini.

Dalam perkembangan lain, Mat Kasim berkata, sepanjang Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini, pihak polis akan bersedia untuk memastikan kelancaran lalu lintas dengan jangkaan negeri ini akan kembali sibuk seperti biasa.

Ujarnya, pihaknya juga hanya memberikan cuti kepada lebih kurang 10 peratus daripada kekuatan anggota yang ada sahaja bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan negeri ini terjaga.

Views:

314
Kongsi :
Previous post Polis Melaka bakal terima 14 unit Honda Civic
Next post Berita palsu boleh runtuhkan negeri – KM
Ubah saiz-+=