
Polis trafik selamatkan tiga sekeluarga daripada hanyut
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Tindakan berani dua anggota polis berjaya menyelamatkan tiga sekeluarga yang berdepan detik cemas apabila hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang yang naik mendadak akibat hujan lebat ketika sedang memancing, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 3.30 petang di tepi Jalan Kuching menghala Jalan Kinabalu itu, sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka dilaporkan terperangkap sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.
“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tindakan berani dua anggota polis berkenaan iaitu Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah yang berpaut pada palang besi untuk menyelamatkan mangsa, mendapat pujian daripada netizen setelah video kejadian tular di media sosial.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...