Terima kasih atas khidmat bakti sebagai PM – Tun Mohd Ali
AYER KEROH 16 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
“Saya berharap kepada semua rakyat dan kepimpinan agar bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang baharu.
“Insya-Allah dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dan titipan doa kita semua, mudah-mudahan kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera dan Perdana Menteri yang baru dapat dilantik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tun Mohd Ali turut menjunjung kasih dan menyokong penuh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas kebijaksanaan baginda menangani kemelut kepimpinan negara pada hari ini yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LATIHAN PERCUBAAN PLKN 3.0 BERMULA JAN 2025 – ADLY
SEREMBAN 16 November - Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 membabitkan 200 pelatih lelaki...
TETC WATER PARK SUDAH DIBUKA
RIM 16 November - Taman Tema Air Taman Ekstrem Tasik Chinchin (TETC Water Park) yang mula dibuka hari ini menerima...
KANAK-KANAK 8 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS TERJATUH KE DALAM LONGKANG BESAR
JOHOR BAHRU 16 November - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar...
TAPS, SUNGAI JERNIH PERLU DISIAPKAN SEGERA
AYER LIMAU 16 November - Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Jernih yang mengalami kelewatan perlu disiapkan pada...
5 PROJEK JPS BERNILAI RM28.6 JUTA DISERAH KEPADA KERAJAAN MELAKA
ALOR GAJAH 16 November - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan lima projek bernilai RM28.6 juta yang siap...
MELAKA MOHON ZON MERAH BANJIR DIBERI PERHATIAN SEGERA
ALOR GAJAH 16 November - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memohon Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air...