
Muhyiddin mohon maaf
PUTRAJAYA 16 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kelemahannya sepanjang bergelar Perdana Menteri.
Ia susulan pengumuman peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau bersama jemaah menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk membantu negara dan rakyat keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku di seluruh dunia sebelum ini.
Namun, telah ditakdirkan tugasnya berakhir setakat hari ini dan beliau reda dengan ketentuan itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Sebagai manusia, pasti ada salah dan silap saya di sana, sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf,” katanya dalam perutusan yang disiarkan secara langsung hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan harapan agar kerajaan baharu dapat dibentuk segera bagi memastikan pentadbiran negara tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa.
Ini kerata, jelas beliau, tempoh dua bulan akan datang amat penting kerana negara dijangka mencapai imuniti kelompok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...