Sorting by

×

Tunggu pengumuman PM esok – Redzuan

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akur dengan Perlembagaan Persekutuan sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti, memetik sumber portal Utusan Online sebentar tadi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, MPT Bersatu hari ini membincangkan mengenai hala tuju parti selepas ini.

“Kita berbincang mengenai arah dan apakah bentuk yang akan terjadi sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan.

“Perdana Menteri telah explore the very last option semata-mata untuk kepentingan rakyat dalam keadaan krisis hari ini. Tetapi nampaknya ada segolongan tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, ahli-ahli Parlimen sepatutnya menghormati tawaran Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tetapi kita akur kepada Perlembagaan sekiranya menarik sokongan atas dasar kepentingan peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita kena uruskan dengan terbaik. Terpulang kepada Agong untuk memastikan negara terus diterajui oleh kepemimpinan yang boleh memberi keyakinan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa akan ada pengumuman esok berhubung kedudukan Perdana Menteri.

“Akan ada pengumuman tapi mohon sabar tunggu esok,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

426
Kongsi :
Previous post Melaka belum bersedia buka 11 sektor ekonomi – MKN
Next post Kos ibadah umrah dijangka meningkat
Ubah saiz-+=