Sorting by

×

Allahyarham Samsudin selamat dikebumikan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER LIMAU 14 Ogos – Jenazah bapa Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Samsudin Md Ali, 72, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Lebar, di sini jam 3.30 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah arwah dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Ramuan Cina Besar, di sini selepas dibawa dari kediaman Mas Ermieyati di Ayer Keroh tengah hari ini.

Jenazah disolatkan kira-kira 50 jemaah dengan diimamkan oleh anak lelaki sulungnya, Ady Iskandar yang berusia 40-an.

Adik arwah, Nina Md Ali, 62, berkata arwah abangnya sudah lama terlantar di atas katil dan setiap pergerakannya dilakukan seorang pembantu.

“Bagaimanapun, pagi tadi, selepas mandi arwah mengadu sakit dada lalu dibaringkan di atas katil sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di masjid itu.

Beliau berkata, arwah adalah anak kelima daripada 10 adik- beradik dan mempunyai enam anak dan Mas Ermieyati adalah anak kedua.

Seorang lagi adik arwah, Zainal, 71, berkata arwah mengusahakan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Warisan di Kampung Paya Lebar dan menjadi destinasi pelancongan menarik, terutama mereka yang gemar suasana kehidupan dalam hutan paya bakau dan sungai yang lebar dan dalam.

Pemergian arwah dikongsikan Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah di laman Facebook rasminya pagi tadi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

644
Kongsi :
Previous post Pelajar perlu divaksin sebelum sekolah dibuka – Rina Harun
Next post “Menyesal tak ambil vaksin awal” – Orang Asli
Ubah saiz-+=