Sorting by

×

Gobok Kongsi Rezeki medium peranan masyarakat

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

SEMABOK 14 Ogos- Surau Al-Hidayah, Taman Pertama Jaya (SAHTPJ), bukan sekadar berperanan sebagai tempat untuk beribadat, namun lebih besar melalui penganjuran Gobok Kongsi Rezeki.

Program berunsurkan kemasyarakatan bermula dua bulan lalu menggunakan konsep ‘ambil apa yang perlu, beri apa yang mampu’ itu sehingga kini telah memberi manfaat kepada 500 individu.

Pengerusi SAHTPJ, Muhammad Ahyad Abdullah berkata, konsep pemberian bantuan tersebut dilakukan dalam tempoh selepas waktu Zohor hingga selepas Asar.

Katanya, bantuan yang diberikan berupa lapan jenis barangan keperluan asas termasuk barangan wajib seperti bawang, telur dan beras.

MUHAMMAD Ahyad Abdullah

“Alhamdulillah, setakat program ini dilaksanakan, lebih 500 orang tampil untuk meminta bantuan, dan mereka ini bukan sahaja dari kawasan berdekatan sini malahan ada juga dari Sungai Udang, Merlimau, Durian Tunggal dan Batu Berendam.

“Kita buka pada golongan rentan yang benar-benar memerlukan, kita ada borang dan sedikit temu ramah daripada AJK surau.

“Bagi pemberi atau penginfak, ramai juga yang prihatin menghantar barangan, memang sangat menggalakkan sambutan daripada masyarakat,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI).

AJK surau Al-Hidayah dalam sesi mendapatkan maklumat penerima bantuan, Daud Samad (kanan) sebelum memberi barangan asas yang diperlukan.

Sementara itu, Ahmad Ibrahim, 43, yang bekerja sendiri bersyukur kerana Gobok Kongsi Rezeki SAHTPJ itu setidak-tidak membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ketidaktentuan pendapatan.

“Ini kali pertama saya datang ambil bantuan, selalu datang solat sahaja, kali ini saya benar-benar memerlukan, itu yang datang ambil.

“Bagi saya konsep di sini bagus maksudnya yang kurang berkemampuan, yang ada kelebihan boleh menginfak barang, kita ambil sekadar yang perlu supaya tidak berlaku pembaziran,” katanya.

Nada yang sama disuarakan Daud Samad, 45, apabila dia merasa bersyukur inisiatif itu memberi kelegaan pada golongan sepertinya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

728
Kongsi :
Previous post Nak tunjuk samseng konon
Next post Sebak terima ‘syurga’ baharu
Ubah saiz-+=