Pengamal Media Melaka terima sumbangan kit makanan MAIM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BUKIT PALAH 13 Ogos- Seramai 50 pengamal media di Melaka menerima kit makanan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bantuan Makanan Kecemasan (MUSA’ADAH) dan Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA).

Sumbangan berupa makanan asas seperti beras, garam dan gula diserahkan oleh Penyelaras Bilik Gerakan Covid-19 Agensi Agama Islam Melaka, Rizalman Syed kepada Pengerusi Kelab PENDIKA, Amir Mamat di Pekarangan Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, di sini hari ini.

Amir berkata sumbangan tersebut bagi meringankan beban pengamal media yang bertugas di Melaka.

Katanya, sebagai golongan barisan hadapan, pengamal media tidak terkecuali dengan terkesan penularan Covid-19.

HAMZATUL Akmar Md Zakaria (kiri) menyerahkan kit makanan kepada Shahnika (dua kiri), Nur Diyanatul Atiqah dan  Farhana di pekarangan Rumah Media Melaka, MITC, Ayer Keroh, petang tadi.

“Justeru dengan sumbangan ini, memberi sedikit kelegaan kepada kami golongan pengamal media dalam menghadapi tugas yang mencabar ketika penularan wabak ini.

“Di pihak PENDIKA, terima kasih kepada MAIM, yang prihatin terhadap nasib petugas media di Melaka,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Pusat Islam, Bukit Palah, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Biro Kebajikan dan Pendidikan, Nurshuhada Kadir.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha PENDIKA, Hamzatul Akmar Md Zakaria turut menyerahkan kit makanan kepada wakil BERNAMA, Shahnika Abdullotib, wakil Kosmo!, Nur Diyanatul Atiqah Zakarya dan wakil dari Sinar Harian, Farhana Yaacob  di pekarangan Rumah Media Melaka, MITC, Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1138
Kongsi :
Previous post Polis kenal pasti identiti empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan
Next post Kesihatan mental jadi keutamaan kerajaan dalam memerangi COVID-19
Ubah saiz-+=