Sidang DUN Melaka: “Akan ada kejutan…kena tunggu” – Timbalan Speaker

Masa Membaca:29 Saat

AYER KEROH 20 Julai – Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Keempat Belas akan mula bersidang pada 20 Julai ini, selama empat hari di Seri Negeri.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ghazale Muhammad berkata, persidangan itu dijangka membawa kejutan buat ahli-ahli dewan yang bersidang.

“Akan ada kejutan semasa dewan bersidang, bagaimanapun kita kena tunggu sewaktu ia berlangsung.

“Kita juga belum tahu apa maklum balas selanjutnya dan serahkan kepada pihak pembentang,” katanya ketika dihubungi MHI.

Ujarnya yakin ahli-ahli behormat yang bersidang akan mematuhi segala peraturan ditetapkan semasa di dalam dewan tersebut.

Views:

397
Kongsi :
Previous post Covid-19: Tiga kluster baharu dikesan
Next post Dewan Rakyat: Isu pengangguran dibincangkan hari ini
Ubah saiz-+=