VAKSIN: 25.3 juta dos vaksin diberikan setakat semalam

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Sebanyak 25,366,211 dos vaksin COVID-19 telah diberikan di seluruh negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu seramai 16,119,916 orang menerima dos pertama, manakala 9,246,295 orang menerima dos kedua.

Menerusi perkongsian infografik di Twitternya beliau berkata, dari segi peratusan, 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama.

“Sementara, sebanyak 39.5 peratus lagi telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,981 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

Dr Adham berkata, bagi perincian dos pertama, Sabah mencatatkan pemberiaan dos pertama vaksin tertinggi dengan 31,370 orang, diikuti Johor sebanyak 27,716 orang dan Selangor 22,293 orang.

Negeri yang mencatatkan penerimaan harian tertinggi dos kedua adalah Selangor dengan 80,526 orang, Kuala Lumpur 43,873 orang dan Johor seramai 23,059 orang.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemic COVID-19 di seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

277
Kongsi :
Previous post Bekas Pengurus Besar MAIM Holdings meninggal dunia akibat COVID-19
Next post Pegawai kanan PBT disyaki rasuah direman tiga hari
Ubah saiz-+=