Pulau Pinang pulau ketiga terbaik dunia untuk pesara
PULAU PINANG 11 Ogos – Pulau Pinang tersenarai sebagai pulau ketiga terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021.
Berdasarkan portal diterbitkan International Living, Pulau Mutiara menjadi lokasi kegemaran golongan ekspatriat untuk mendapat privasi dan ketenangan selain menyifatkan rakyat tempatan peramah serta boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, gaya hidup di pulau berkenaan bertaraf dunia, yang tidak boleh dijual beli, dengan anggaran kos sara hidup berpatutan antara $1,500 hingga $2,500 (RM6,202 hingga RM10,336).
George Town, bandar terbesar di Pulau Pinang turut dilabel ‘syurga makanan’ kerana memiliki makanan jalanan terbaik di dunia selain pemandangan seni bina unik serta menarik.
Pulau Pinang terletak hampir di tengah-tengah Asia Tenggara, yang menjadikan perjalanan ke lokasi pelancongan lain seperti Bali, Thailand, Vietnam dan Kemboja menjadi mudah.
Selain Malaysia, beberapa negara Asia seperti Bali, Indonesia turut tersenarai dengan menduduki tempat kesembilan, Koh Samui, Thailand (ke-10) dan Phu Quoc, Vietnam (ke-15) dalam carta itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...