
Sultan Johor zahir kekecewaan berlaku perebutan kuasa tatkala rakyat susah
JOHOR BAHRU 10 Ogos – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan kekecewaan baginda apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa tatkala rakyat dalam keadaan susah serta gelisah ketika mendepani ancaman COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Justeru, sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah, baginda menyeru semua pemimpin Islam, terutama yang berbangsa Melayu di Malaysia supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT dan Dia memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
“Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air,” titah Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi baginda petang ini.
Baginda juga bertitah ini adalah masa untuk berebut-rebut bagi membantu rakyat dan bukannya masa untuk berebut kuasa serta kedudukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...