
Family Store Duyong ditutup 14 hari, kes positif dikesan
AYER MOLEK 10 Ogos – Pasar raya Family Store Duyong ditutup sementara selama 14 hari bermula hari ini berikutan terdapat 12 kes positif dilaporkan di pasar raya berkenaan.
Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pasar raya berkenaan ditutup bermula hari ini sehingga 24 Ogos ini bagi melaksanakan kerja disinfeksi di pasar raya berkenaan.

Katanya, penutupan operasi pasar raya terbabit turut membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan kontak rapat serta mengawal penularan di premis itu.
“Penutupan operasi adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Setakat ini terdapat 12 kes positif dilaporkan membabitkan kakitangan.
“Saringan dijalankan terhadap 100 individu terdiri daripada kakitangan pasar raya berkenaan serta kontak rapat kes positif,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di pasar raya berkenaan mendapati pita halangan dipasang mengelilingi pekarangan hadapan pasar raya berkenaan bagi mengelakkan orang ramai memasuki premis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
