
100 pek makanan untuk ‘frontliners’, asnaf sempena Maal Hijrah
LENDU 10 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, menyaksikan penyampaian 100 pek makanan disumbangkan Masjid Al Sultan Abdullah, Masjid Tanah, Melaka sempena sambutan Maal Hijrah 1443 Hijriyah.
Pek makanan itu akan diserahkan kepada petugas “frontliners” keselamatan yang menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar Masjid Tanah.
Selain itu, ia turut akan diagihkan kepada golongan asnaf kariah Masjid Al Sultan Abdullah.
“Semoga perkongsian pek makanan ini dapat dinikmati bersama, seterusnya bersama kita menyambut kehadiran tahun baharu dalam kalendar Islam, yakni 1 Muharram 1443 Hijriyah,” kata Sulaiman dalam hantaran di Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...
JALAN PINTASAN BAHARU UNTUK ORANG MERLIMAU
MERLIMAU 13 April - Jalan pintasan baharu sejauh 3.5 kilometer (km) akan dibina bagi menguraikan kesesakan lalu lintas khususnya di...
MELAKA ANJUR PRA-PELANCARAN WTD 2025 PADA JUN
TELOK MAS 13 April - Majlis Pra-Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) Peringkat Negeri Melaka akan diadakan pada penghujung Jun...
LEBIH 10,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS
TELOK MAS 13 April - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Padang Bola Taman Seri Telok Mas sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri...
TENGKU HASSANAL BERANGKAT KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU
MERLIMAU 12 April - Keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...