
Warga emas disyaki bunuh isteri direman seminggu
IPOH 10 Ogos – Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun yang disyaki membunuh isterinya di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Desa Cahaya dekat Gopeng, semalam, kini direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah itu direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Polis masih menunggu laporan sampel air kencing suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang wanita warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan kelar oleh anak perempuannya dan dua cucu yang pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada datuk mereka pada kira-kira 7.30 pagi.
Hasron Nazri berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang lumpuh separuh badan dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, tinggal bersama suaminya yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi serta perlu berjalan menggunakan tongkat.
Polis turut menemukan sebilah pisau di lokasi kejadian, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...