
Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik
BATU PAHAT 10 Ogos – Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) dipasang secara terbalik, yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan gambar berkenaan kira-kira jam 3.30 petang semalam, dipercayai dipasang di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram, di sini.
Katanya bertindak atas maklumat yang diterima, pada jam 3.45 petang pihaknya telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan selain bangunan itu telah ditutup.
“Kini pihak polis sedang berusaha mengesan pekerja dan penyelia PDK berkenaan untuk membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...