
JPN Cawangan Melaka Tengah tutup seminggu akibat COVID-19
AYER KEROH 9 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Melaka Tengah di Plaza Pandan Malim, di sini, ditutup tujuh hari bermula semalam hingga 15 Ogos ini.
Penutupan itu susulan terdapat kes positif COVID-19 dikesan membabitkan pekerja vendor di dalam bangunan itu.
Menerusi notis perintah tutup premis dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah, premis itu mula ditutup semalam pada jam 1 tengah hari.
Penutupan premis berkenaan bagi kerja sanitasi di premis terbabit serta langkah pencegahan lain oleh JKN.
Sebagai alternatif, orang ramai boleh mendapatkan khidmat di JPN Daerah Alor Gajah di Bangunan Tabung Haji Masjid Tanah, JPN Cawangan Bandar Alor Gajah, JPN Daerah Jasin dan JPN Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sungai Rambai@RTC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
KUALA LINGGI 7 April - Projek tambakan laut bagi mengatasi masalah hakisan berlaku di Pantai Telok Gong di Dewan Undangan...
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...