
20 lagi kematian akibat COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 8 Ogos – Melaka merekodkan 20 lagi kematian akibat COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikannya jumlah kematian harian kedua tertinggi pernah direkodkan.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, 19 ialah kematian di hospital manakala satu kes membabitkan kematian sebelum tiba di hospital.
Kes kematian hari ini membabitkan 10 lelaki dan 10 wanita berusia 34 hingga 90 tahun.
Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan pertambahan 526 kes positif COVID-19 dan 503 kes sembuh, hari ini.
Kes harian baharu majoritinya disumbangkan daripada saringan kontak keluarga iaitu sebanyak 233 kes, diikuti 103 kes saringan bergejala orang ramai, 82 tempat kerja bukan kilang, 67 melibatkan kluster kilang dan satu kes daripada institusi penjara.
Bagaimanapun, tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.
Sehingga kini, sebanyak 5,618 kes masih dirawat dengan 116 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 36 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...