
Pak Wan masih Ketua BERSATU Melaka
AYER KEROH 15 Julai – Spekulasi yang mengatakan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Wan bukan lagi Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka adalah tidak benar.
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Melaka Mohd Raduan Ja’apar dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan Pak Wan masih lagi memegang jawatan Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri yang sah dan menolak desas-desus mengenai wujudnya Pemangku Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri yang baharu.
“Dengan itu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Pak Wan) masih lagi Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka dan akan kekal sedemikian sehinggalah sebarang perubahan diumumkan oleh Presiden merangkap Pemangku Pengerusi Parti BERSATU Malaysia,” katanya.
Beliau turut menasihatkan agar setiap ahli BERSATU negeri ini tidak membuat sebarang spekulasi negatif sehingga boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Melaka.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...