
Henti keluar kenyataan mengelirukan- Mustapa
PASIR MAS 8 Ogos – Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebaliknya menunggu sehingga parlimen kembali bersidang bulan depan bagi menyelesaikan apa jua isu mengenainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau meminta supaya semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang boleh mengganggu usaha kerajaan menangani krisis kesihatan melibatkan COVID-19 dan krisis ekonomi, sementara menunggu sidang parlimen itu.
“Parlimen bersidang bermula 6 Sept, bermula dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Sementara itu kita harap redakanlah, tak payah buat kenyataan sana sini.
“Kita nak pastikan supaya krisis kesihatan dan ekonomi dapat ditangani dengan baik,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melawat Projek Pelaksanaan Segera Bagi Menangani Bencana Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...