Covid-19: Risiko penularan wabak di PSS banjir

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR 15 Julai – Keadaan penghuni yang ramai di pusat penempatan sementara (PPS) berikutan bencana banjir boleh membawa risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa dan petugas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, sebanyak 18 PPS telah dibuka di tujuh daerah dan menempatkan seramai 1,267 mangsa daripada 303 keluarga.

“Justeru itu, langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan serta kebajikan mangsa di PPS.  Amalan seperti penjarakan sosial yang selamat, mencuci tangan dengan air dan sabun, etika batuk dan bersin perlu diamalkan sepanjang masa.

“Penghuni dan petugas juga dinasihatkan supaya mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat sepanjang masa di PPS,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah menyatakan negara sedang mengalami cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai ini, dengan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Johor, Pahang, Selangor dan Melaka, menyebabkan PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan terjejas.

Views:

273
Kongsi :
Previous post Covid-19: lima kes baharu, empat daripadanya penularan tempatan
Next post Hasilkan lateks untuk tingkatkan pendapatan
Ubah saiz-+=