Sorting by

×

Letak jawatan 48 jam bertentangan perundangan

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Tempoh 48 jam diberi kepada pemimpin UMNO termasuk menteri dan timbalan menteri bagi menyatakan pendirian peletakan jawatan dan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah bertentangan dengan perundangan parti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan
perlu diteliti sebelum membuat membuat sebarang keputusan

“Surat yang diberikan Setiausaha Agung UMNO yang memberi tempoh 48 jam itu bertentangan dengan undang-undang.

“Kita akan melihat keputusan sama ada perlu menjawab surat tersebut dan kita akan membincangkannya lagi.

“Dalam masa sama oleh kerana arahan daripada Presiden (UMNO) melibatkan kami Ahli Parlimen, maka kami mendesak Presiden supaya berjumpa dengan setiap daripada kami Ahli Parlimen supaya dapat diperjelaskan tujuan dan hasrat beliau kepada kami,” katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media khas, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan UMNO telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Menerusi borang itu, semua Ahli Parlimen UMNO diminta menyatakan pendirian sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletak jawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post Noraini serabut, Bung Moktar gagal dihubungi’ – Ismail Sabri
Next post Kuat kuasa parkir kenderaan mulai 9 Ogos – MBMB
Ubah saiz-+=