‘Kami setia dengan parti, namun enggan bebankan rakyat’

Masa Membaca:31 Saat

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan pendiriannya setia bersama parti Barisan Nasional (BN).

Namun, melihat kepada situasi negara pada masa kini, beliau berkata, aspek kepentingan rakyat perlu diberi keutamaan.

“Kepada semua ahli parti (BN), percayalah kami sebagai pemimpin memang setia dengan parti.

“Tapi kita janganlah sampai (membuat sesuatu) sehingga merugikan parti dan membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas hari ini.

Terdahulu, Ismail mengumumkan seramai 31 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga keabasahan kerajaan itu ditentukan di dalam Parlimen kelak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post DAN 2.0: Transformasi sektor agromakanan, pacu pertumbuhan ekonomi
Next post ‘Ya, saya jumpa Najib’
Ubah saiz-+=