
20,596 kes baharu COVID-19, tertinggi setakat ini
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kes positif baharu COVID-19 di negara ini merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan 20,596 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara ini kini meningkat kepada 1,203,706 kes.
Katanya, jumlah kes baharu itu antara tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia Mac tahun lalu, mengatasi 19,819 kes yang dicatatkan semalam.
Menerusi perkongsian infografik di Twitternya beliau berkata, Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 8,549 kes dan Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,163 kes, manakala Kedah 1,446 kes.
Johor mencatatkan 1,300 kes, diikuti Sabah (1,062), Pulau Pinang (1,022), Negeri Sembilan (989), Perak (916), Sarawak (759), Kelantan (722), Melaka (622), Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50), Labuan (15) dan Perlis (4).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...