Sorting by

×

Pelanggan sanggup tunggu Rumakici operasi semula

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

VARIASI

BIARPUN tidak dapat meneruskan operasi, namun rumah penginapan ‘Rumakici’ terus mendapat sambutan sehinggakan ada pelanggan yang tidak mahu wang tempahan mereka dipulangkan.

Itu luahan pemilik Rumakici Jalan Setulang Daeng Mohd Redzuwan Md Amin, 37 yang terpaksa menutup pengoperasian rumah penginapan itu dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurutnya, dia telahpun mengeluarkan modal RM200,000 bagi membina ‘Rumakici’ yang berkonsepkan industri dan English.

MOHD Redzuwan.

“Awal 2019 saya rancang untuk bina ‘Rumakici’ selepas melihat negara luar yang menggunakan dekorasi ala-ala ‘tiny house’.

“Alhamdulillah dengan keluasan 26×10 kaki persegi bagi setiap unit, ‘Rumakici’ akhirnya siap pada Disember 2019, namun Mac 2020 kerajaan umumkan PKP dan saya terpaksa tutup semula rumah penginapan ini,” katanya ditemui di Rumakici dekat Pulau Gadong.

Katanya pihaknya perlu menangung kos operasi kira-kira RM1,000 sebulan bagi memastikan segala fasiliti di rumah penginapan itu kekal cantik.

“Jika ikutkan terkesan, sudah pasti sektor pelancongan paling terjejas, saya perlu tanggung kos operasi kira-kira RM1,000 sebulan untuk selenggara rumah penginapan ini.

“Bila dah PKP kebanyakan pelanggan dari Lembag Klang dah batalkan tempahan, tapi setakat ini masih ada 32 pelanggan yang kekalkan tempahan mereka.

“Kita lebih suka pulangkan deposit mereka, tapi pelanggan takut bila kita pulangkan wang mereka selepas ini harga untuk menginap di Rumakici akan berubah,” katanya lagi.

RUMAKICI turut menyediakan dapur mini buat pengunjung.

Jelasnya, kos untuk satu unit rumah bernilai kira-kira RM50,000 yang dilengkapi segala kemudahan seperti tempat tidur, ruang istirehat, dapur mini dan tandas.

“Di sini ada dua unit rumah dengan keluasan 26×10 kaki persegi, kos untuk buat dua unit rumah tidak lah mahal sangat cuma kos membina kolam renang lebih tinggi.

“Selain kolam renang ada juga tempat barbeku dan tandas di luar untuk memudahkan mereka menyalin pakaian selepas mandi kolam.

“Harga sewa untuk dua unit satu malam RM580 untuk ‘week days’ (Isnin-Khamis), Jumaat, Sabtu, Ahad dan public holidays RM680, manakala bagi satu unit RM360 sehari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1698
Kongsi :
Previous post Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longkang
Next post MAPIM salur 95 kotak makanan buat pekerja Zoo Melaka
Ubah saiz-+=