
Sidang DUN Melaka 6 hingga 10 September
MASJID TANAH 4 Ogos – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijadualkan diadakan pada 6 hingga 10 September depan.
Speaker DUN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan untuk mengadakan sidang DUN sudah mendapat izin dan kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.
Katanya, tarikh persidangan DUN telah ditetapkan selama lima hari bermula 6 September dan berakhir pada 10 September ini.
“Setakat ini, belum ada usul diputuskan, namun perkara itu akan dimuktamadkan dalam tempoh itu (sebelum sidang bermula),” katanya ditemui pemberita di kediamannya di Villa D’Acqua, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun berkata, usul yang akan dibentangkan pada persidangan itu merangkumi pelbagai perkara terutama membabitkan kebajikan rakyat.
“Semua kita akan senaraikan (termasuk) yang memenuhi keperluan dan perkara yang memerlukan perhatian kerajaan untuk kebaikan dan keharmonian dalam mengharungi wabak COVID-19.
“Perkara itu akan dibincangkan dalam DUN akan datang,” katanya.
Kali terakhir, sidang DUN dijalankan adalah pada 9 Disember tahun lalu menerusi Persidangan Ketiga Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-14 yang diadakan di Kompleks Seri Negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...
DEWAN BELIA MELAKA, PENTAS BENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN
SERI NEGERI 18 April - Penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka adalah langkah strategik yang penuh harapan dan mencerminkan kesungguhan Kerajaan...
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...