
Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan pertama 1/32
TOKYO 4 Ogos – Pelumba berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom memulakan cabaran mereka di Olimpik Tokyo hari ini dengan baik apabila layak ke pusingan pertama 1/32 acara pecut lelaki.
Azizulhasni layak ke pusingan selanjutnya apabila mencatatkan masa 9.626 saat (s) dan menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-17 manakala Muhammad shah Firdaus pula menduduki tempat ke-23 dengan catatan masa 9.700s.
Cabaran sukar menanti Azizulhasni pada pusingan seterusnya apabila dia akan berhadapan juara bertahan Jason Kenny dari Great Britain, manakala Shah Firdaus pula akan bertemu Harroe Lavreysen dari Belanda.
Sementara itu Jeffrey Hoogland mencatatkan rekod baharu Olimpik 9.215 dan sekali gus memecahkan rekod yang dicatatkan Jack Carlin (Great Britain) kira-kira 20 minit sebelum itu.
Jack sebelum ini memecahkan rekod Olimpik yang dipegang rakan senegara Jason yang mencatatkan masa 9.551s di Rio 2016 pada pusingan kelayakan lima tahun lalu.
24 pelumba terbaik layak ke pusingan pertama 1/32 yang akan berlansung hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...