
‘Gerobok Rezeki Mobil’ #TokLeman Fokus kebajikan rakyat Melaka
AYER KEROH 3 Ogos – Van ‘Gerobok Rezeki Mobil’ #TokLeman bakal menemui rakyat khususnya golongan memerlukan menerusi program kebajikan di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, van itu digunakan untuk membawa pelbagai barangan kelengkapan seperti kit makanan, kerusi roda, tongkat, beras dan banyak lagi.

“Ia digunakan ketika saya menyantuni golongan rakyat yang memerlukan dalam program kebajikan dan ziarah kasih yang diadakan.
“Dengan kemudahan terbaharu ini, saya berharap usaha menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan bantuan dapat dibuat dengan lebih cepat dan berkesan.
“Lepas ini, jangan terkejut bila nampak ‘gambau’ Tok Leman di atas jalan raya ya!,”
katanya menerusi hantaran di facebook rasminya hari ini.
Sulaiman menerima secara rasmi van ‘Gerobok Rezeki Mobil’ #TokLeman di Seri Bendahara, petang tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...