
COVID-19: 564 kes sembuh direkodkan di Melaka, lebih tinggi berbanding kes baharu
AYER KEROH 3 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan kes sembuh harian lebih tinggi berbanding kes positif baharu COVID-19, hari ini.
Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook rasmi JKN, sebanyak 564 kes dilaporkan sembuh pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 26,839 orang.
JKN berkata, bagi kes positif baharu pula sebanyak 508 kes dicatatkan membabitkan 486 kes tempatan, 11 kes import b dan 11 kes banduan.
“Ia membabitkan 271 kes di daerah Melaka Tengah, 88 kes daerah Jasin dan 149 kea daerah Alor Gajah.
“Pertambahan kes menjadikan sebanyak 5,774 kes aktif yang mana 102 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.
JKN berkata, punca jangkitan utama bagi kes-kes itu membabitkan 62 kes dari kluster kilang iaitu 21 kes pekerja kilang dan 41 dari kontak keluarga.
“Diikuti 321 kes lagi daripada kontak rapat keluarga, 11 kes institusi penjara, 34 kes tempat kerja dan 73 kes hasil saringan bergejala dalam kalangan orang ramai,” katanya.
Terdapat pertambahan lapan kes kematian menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 410 kes kematian setakat ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...