UTC Melaka tutup 7 hari untuk disanitasi
BANDARAYA MELAKA 3 Ogos – Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah ditutup tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 Ogos depan.
Penutupan sementara bangunan sembilan tingkat itu bagi memberi laluan kerja-kerja sanitasi dilaksanakan di kawasan terbabit dan akan beroperasi semula seperti biasa pada 11 Ogos ini.
Pengurusnya, Siti Aisyah Mahmood berkata, pihak pengurusan mengambil tindakan awal bagi melakukan sanitasi sebagai langkah keselamatan untuk membendung penularan pandemik COVID-19.
“Kerja sanitasi awal telah dijalankan bermula hari ini membabitkan di ruang legar, lif dan ruangan tumpuan ramai dengan dibantu oleh pihak pengurusan UTC Melaka.
“Sanitasi menyeluruh pula akan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mulai esok di setiap ruangan di kawasan terlibat.
“Perkara ini dilaksanakan berikutan keadaan semasa penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan iaitu penularan varian baharu dan ini sebagai langkah bagi menjamin keselamatan pengunjung yang menggunakan perkhidmatan lebih 30 agensi dalam bangunan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...