
Remaja dikompaun RM5,000 tanggal gelang kuarantin
IPOH 3 Ogos – Gara-gara menanggalkan gelang kuarantin bagi tujuan keluar ke tempat awam, seorang remaja perempuan dikenakan kompaun RM5,000.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, remaja berusia 17 tahun itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Polis mengesan satu video yang tular di media sosial memaparkan seorang remaja dipercayai telah menanggalkan gelang kuarantin berwarna merah jambu tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan keluar ke tempat awam.
“Polis berjaya mengesan remaja terbabit dan hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di Kamunting,Taiping,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Osman turut mengingatkan individu yang didapati sengaja melanggar peraturan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sejak semalam, video berdurasi 31 saat itu tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang remaja yang memakai topi keledar menanggalkan gelang merah jambu di sebuah kediaman kerana mahu keluar bersiar-siar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...