
Bas Panorama Melaka henti operasi 5 hari
BANDARAYA MELAKA 3 Ogos – Operasi bas Panorama Melaka Sdn Bhd (PSMB) akan dihentikan buat sementara waktu bermula esok sehingga 8 Ogos.
Pengurus Besarnya, Datuk Abu Bakar Abdul dalam satu kenyataan memaklumkan, penghentian operasi itu bertujuan untuk kerja-kerja sanitasi dan nyah kuman membabitkan kenderaan dan premis milik syarikat berkenaan.
Katanya, ia dilakukan bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan staf PMSB serta penumpang bas.
“Kami memohon supaya pengguna perkhidmatan bas kami mengambil maklum berhubung pemberhentian operasi bas ini.
“Diharap pengguna dapat merancang perjalanan anda dengan mengunakan alternatif pengangkutan lain serta mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” katanya.
Beliau berkata, bas berkenaan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 9 Ogos (Isnin) depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...