
3,000 penduduk luar bandar terima vaksin pada MOVAK fasa pertama
LUBOK CHINA 2 Ogos – Kira-kira 3,000 penduduk luar bandar telah menerima suntikan vaksin dos pertama menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang dilancarkan bulan lalu.
Exco Perpaduan, Datuk Wira Ar. Ismail Othman berkata, jumlah penerima vaksi itu direkodkan menerusi jelajah MOVAK fasa satu yang dijalankan di lima lokasi.
Katanya, program itu memberi manfaat kepada penduduk luar bandar khususnya mereka yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
“Kerajaan negeri komited bagi melaksanakan program buat golongan sasar seperti ini dan ia akan diteruskan pada fasa kedua yang dijadual akan berlangsung di lokasi lain pertengahan bulan ini.
“Kita akan memfokuskan kepada kawasan yang jauh dari bandar bagi memberikan kemudahan penduduk untuk pergi dan balik dari program MOVAK,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di PPV MOVAK di Japerun Ayer Limau, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...