Kakitangan pejabat daerah dan tanah direman bantu siasatan kes rasuah
ALOR SETAR 2 Ogos – Lima individu termasuk empat kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah di Kedah direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah pada 2019 dan 2020.
Perintah reman ke atas mereka yang berusia 48 hingga 57 tahun termasuk seorang wanita itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.
Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima rasuah daripada seorang pemilik tanah sebagai balasan mendaftarkan 41 nama pemilik lain ke dalam hak milik tanah tanpa melalui urusan pindah milik tanah yang sah.
Katanya, kelima-limanya ditahan antara 8.20 pagi hingga 4.20 petang semalam, di beberapa lokasi di sekitar Alor Setar, Pendang dan Langkawi untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan jika terdapat individu lain disyaki turut terlibat dalam kes itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...